Tenun Pahang begitu sinonim
dengan pakaian tradisional masyarakat Melayu seperti baju kurung, kebaya dan
baju Melayu untuk lelaki.
Bagaimanapun, seiring dengan
perubahan semasa, penggunaan Tenun Pahang semakin diperluaskan dengan penghasilan pelbagai produk kraftangan seperti beg tangan, kotak hadiah,
bingkai gambar dan alas meja yang begitu unik.
Seperti mana intimnya songket dan
batik dengan masyarakat Melayu, Tenun Pahang juga mendapat tempat sebagai
pilihan busana untuk hari kebesaran dan keramaian.
Memandangkan kepada prestij Tenun
Pahang, maka tidak hairanlah penggunaannya dapat diperluaskan kepada kaum lain.
Bagaimakah sejarah Tenun Pahang bermula? Kain Tenun Pahang merupakan kraftangan tertua di negeri Pahang selain perusahaan labu bekas air, terenang dan periuk daripada tanah liat di Kampung
Pasir Durian, Kuala Tembeling.
Seorang penulis barat, Dr. W.
Linehan dalam bukunya History of Pahang mencatatkan Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Tanah Bugis)
Indonesia, yang dibawa ke Pahang sekitar abad ke-16 Masihi.
Catatan beliau menunjukkan, orang
yang memperkenalkan kain dan mengasaskan Tenun Pahang ialah Tok Tuan Keraing
Ali seorang pembesar Bugis yang bermastatutin di Kampung Mengkasar, Pekan pada
tahun 1722.
Bagaimanapun, pada tahun 1942
perusahaan membuat kain tersebut diberhentikan sementara kerana keputusan
bekalan bahan akibat perang dunia kedua.
Kemudiannya, ia telah disambung
semula pada tahun 1948 dan diusahakan oleh M.J.T. Macann iaitu Pegawai Daerah
Pekan ketika itu yang kemudiannya diteruskan oeh RIDA pada tahun 1963 sehingga
sekarang.
Tenun Pahang kekal sebagai
perusahaan tradisional kepada penduduk Pahang terutamnya di daerah Pekan. Pada
mulanya, ia merupakan sejenis kain tenunan yang hanya bercorak jalur berdiri
dan jalur melintang.
Terdapat sebanyak 27 corak dan
empat muka kain tradisional antaranya Corak Anak Lebah, Tapak Catur, Batang
Pinang, Dato Mahmud, Jalur Biasa, Mengiring, Bunga Cengkih, Bunting Padi, Biji
Peria, Cindai, Pahang, Limar dan Tun Razak.
Tenun Pahang kemudiannya telah
diangkat menjadi Seni Warisan Kraftangan Negeri Pahang sejak dua abad lalu dan
diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Kedua pada penghujung tahun
1960 sehinggalah tertubuhnya Pusat Tenun Pahang pertama di Pulau Keladi, Pekan.
Sejajar dengan perkembangan,
Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) juga telah
menggariskan empat program strategi pelan pembangunan industri Tenun Pahang 1996-2000 dalam usaha menjadikan perusahaan tersebut sebagai industri kraf
tekstil berorientasikan komersil yang maju dan berdaya saing.
Pelbagai usaha dijalankan,
antaranya meningkatkan pemasaran, penggunaan dan pembangunan produk, kemahiran,
produktiviti dan daya saing keusahawanan pengusaha.
Di samping itu, usaha penjenamaan
secara kreatif dan bersepadu perlu dimulakan agar fabrik tenunan yang erupakan
warisan Melayu mendapat tempat bukan sahaja di kalangan rakyat pelbagai kaum
negara ini, tetapi juga berjaya di peringkat antarabangsa seperti yang diraih
seni batik.
Kain Tenun Pahang bukan sahaja
digunakan sebagai kain sarung, kain sampan, selendang dan juga dijahit untuk
pakaian tradisional tetapi penghasilannya kini telah disesuaikan mengikut
permintaan serta kegunaan pereka fesyen temoatan dan luar negeri untuk
dipadankan pada majlis-majlis makan malam, adat istiadat Diraja, pakaian
pengantin dan sebagainya.
Pada majlis perasmian Projek
Tenunan Pahang yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah pada tahun 2006, baginda bertitah kain Tenun Pahang Diraja, sebagai
kaedah untuk menjenamakan kain jenis berkenaan di peringkat tempatan dan luar
negara.
Melalui penganugerahan itu, kain Tenun Pahang Diraja akan dicop dengan lambang baru bagi memperlihatkan kualiti dan mutu kain tenun negeri itu.

0 comments:
Post a Comment