Budi bahasa lazimnya merujuk
kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan
pernuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia.
Tegasnya
setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap
orang lain sebagai peribadi mehupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep
budi bahasa.
Konsep-konsep
lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil,
hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain.
Kedua
konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan
dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus
menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu
golongan lain.
Ini
kerana tingkah laku sopan juga mengandungi satu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.
Di
atas nilai kesopanan dan kesusilaan inilah kita meneguhkan peribadi dan
jatidiri bangsa Malaysia melalui nilai budi bahasa budaya kita.
Umumnya,
nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang
merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai
sejagat yang dituntut agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.
Antara
nilai-nilai murni yang universal adalah amanah, tanggungjawab, ikhlas, benar,
tekun, sederhana, berdisiplin, bekerjasam, berperibadi mulia, bersyukur,
beretika, bermuafakat, bertoleransi, bertimbang rasa, bersatu-padu, tidak
mementingkan diri dan tiada curiga.
Budi
bahasa sememangnya sikap murni yang dituntut oleh semua agama dan antara
kata-kata hikmat berkaitan budi bahasa dapat dilihat menerusi petikan berikut:
“Tidak
ada api mahupun angin, hidup ataupun mati, dapat menghapus budi yang baik” –
Buddha.
“Untuk
membentuk dunia pada aturannya, kita mesti membentuk bangsanya, untuk membentuk
bangsa, kita mesti terlebih dahulu membentuk keluarga, kita mesti membentuk
diri sendiri mempunyai hati yang murni” – Konfusius.
Manakala
dalam Al-Quran juga menekankan kepntingan nilai-nilai murni sebagaimana
dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 32 yang bermaksud:
“...
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan
analk-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran
yang jauh. Dan rakann sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba
yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong,
takbur dan membanggakan diri…”
Melentur
buluh biarlah dari rebung. Budi bahasa harus dipupuk dari peringkat institusi
kekeluargaan dan secara berperingkat-peringkat dimantapkan di peringkat
institusi masyarakat, pembelajaran dan perkhidmatan secara berterusan.
Berbudi
bahasa itu banyak nikmatnya. Tidak merugikan jika kita mengamalkan budi bahasa.
Bak kata orang tua-tua: “Biar kita kurang harta benda, tetapi jangan sesekali
miskin budi bahasa.”
Malah
peribahasa juga menyebut: “Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa,
sendi bangsa adalah budi, runtuh budi, runtuhlah bangsa.”
Jadikan
Budi Bahasa Budaya Kita.
Oleh: Rajmah Hasan & Au Yeong How

0 comments:
Post a Comment